Wednesday, November 16, 2011

Mengeluarkan Wang KWSP


Anda boleh mengeluarkan simpanan Akaun II sahaja untuk membiayai pembelian sebuah rumah secara individu atau secara bersama dengan ahli keluarga terdekat (ibu, bapa, suami,isteri, adik-beradik atau pun anak-anak).
Bukan itu saja, anda juga boleh mengeluarkan wang KWSP ini untuk pembelian rumah lelong.
Jadi apakah syarat-syaratnya? Jika anda sedang merancang untuk membeli sebuah rumah kediaman jenis bungalow, teres, berkembar, apartment, kondominium, studio apartment, servis apartment, townhouse atau soho anda layak untuk memohon pengelauran wang KWSP.
KWSP-Process
KWSP-Process
Untuk pengeluaran wang KWSP, anda harus memastikan dahulu baki akaun 2 anda. Matlamat sebenar untuk mengeluarkan wang KWSP adalah untuk membayar baki belian rumah. Sebagai contoh jika pinjaman rumah anda hanya 90% dari harga rumah, baki Akaun II anda mesti mencukupi atau lebih. Jika tidak anda kenalah tambah sendiri. Selain itu KWSP juga boleh dikeluarkan untuk membayar bill guaman dan pengurusan pemindahan hak milik.selain dari pengeluaran pertama anda juga boleh membuat pengeluaran kedua untuk menyelesaikan baki pinjaman. Para pencarum boleh memohon untuk mengeluarkan wang KWSP untuk membayar baki pinjaman sekali pada setiap tiga tahun.
Selain itu berita baik pada pencarum KWSP. Bermula pada 1 januari 2008, setiap ahli KWSP yang memiliki pinjaman perumahan boleh mengeluarkan wang didalam Akaun II untuk tujuan bayaran bulanan baki pinjaman perumahan. Had pengeluaran minima bulanan yang dibenarkan ialah RM100.
Siapakah yang tidak layak untuk mengeluarkan wang KWSP? mereka adalah;
- Membeli tanah atau lot tapak bungalow.
- Mengubahsuai, membaiki atau membuat kerja “renovasi” kepada rumah yang sedia ada.
- Pemilikan harta tidak melalui transaksi jual beli.
- Mengambil pinjaman berbentuk Overdraf.
- Membeli rumah ketiga.
- Membeli rumah di luar negara.

No comments:

Post a Comment

Rare Books for Everyone on your List at AbeBooks