Wednesday, November 23, 2011

JAWATAN KOSONG DI PTPTN

SYARAT LANTIKAN
(i) Jawatan  : PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH) IJAZAH
 
(ii) Syarat Lantikan : Calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
   a) warganegara Malaysia:
   b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan jawatan;
   c)  Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Sains Komputer,
Teknologi Maklumat atau Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf
oleh Kerajaan daripada Institusi-institusi Pengajian Tinggi
Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
   d) Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian
Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(iii) Gaji Sehari : RM100.00 (akan dibayar berdasarkan bilangan hari bertugas)
 
(iv) PSH adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan yang berkuatkuasa dari semasa ke
semasa yang dipanjangkan oleh Kerajaan kepada mereka atau arahan pentadbiran lain
yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan.
 
(v) Pengambilan PSH bukan suatu jaminan untuk diserap sebagai pegawai lantikan tetap.
Sebaliknya, PSH yang memenuhi syarat yang ditetapkan dalam mana-mana skim
perkhidmatan hendaklah memohon kepada Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan
melalui proses pengambilan biasa.



SYARAT LANTIKAN
(i) Jawatan  : PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH) STPM/DIPLOMA
 
(ii) Syarat Lantikan : Calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
   a) warganegara Malaysia:
   b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan jawatan;
   c)  Diploma dalam bidang Sains Komputer, Teknologi Maklumat
atau Kejuruteraan Elektronik (Komputer)  yang diiktiraf oleh
Kerajaan daripada Institusi-institusi Pengajian Tinggi Tempatan
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
   d) Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu ( termasuk lulus Ujian
Lisan ) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(iii) Gaji Sehari : RM72.00 (akan dibayar berdasarkan bilangan hari bertugas)
 
(iv) PSH adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan yang berkuatkuasa dari semasa ke
semasa yang dipanjangkan oleh Kerajaan kepada mereka atau arahan pentadbiran lain
yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan.
 
(v) Pengambilan PSH bukan suatu jaminan untuk diserap sebagai pegawai lantikan tetap.
Sebaliknya, PSH yang memenuhi syarat yang ditetapkan dalam mana-mana skim
perkhidmatan hendaklah memohon kepada Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan
melalui proses pengambilan biasa.


Syarat lantikan jawatan PSH Ijazah : klik sini
Syarat lantikan jawatan PSH STPM/Diploma : klik sini
Sila klik di sini untuk memohon 

Semakan senarai calon yang berjaya untuk temuduga akan disiarkan dalam laman web mulai hari Jumaat, 
02 Disember 2011.



No comments:

Post a Comment

Rare Books for Everyone on your List at AbeBooks