Sunday, October 16, 2011

Perumahan 1 Malaysia(PRIMA) ; 560 unit boleh dimohon


Perumahan 1 Malaysia(PRIMA) ; 560 unit boleh dimohon




Kepada Kakitangan kerajaan / Swasta yang bertugas / menetap di putrajaya yang nak beli rumah boleh apply sekarang

PERMOHONAN SECARA ONLINE KLIK SINI 

SYARAT-SYARAT WAJIB SEBELUM MEMOHON

Warganegara Malaysia. 
Malaysian Citizen.

21 Tahun Ke atas. 
21 Years old and above.

Bekerja ATAU Menetap di Putrajaya. 
Working OR Living in Putrajaya.

Pendapatan Isi Rumah (Bujang / Suami dan Isteri) tidak melebihi RM6,000. 
Household income (Single / Husband and Wife) does not exceed RM6,000.

Pengundi Berdaftar di Parlimen Putrajaya (P.125) - Kena mengudi di putrajaya daa...sape2 nk beli kena tukar tempat mengundi segera
Registered Voter in Putrajaya Parliament Constituency (P.125)




Good luck ; )


Berikut berita daripada Harian Metro, 04/10/2011
PUTRAJAYA: Sejumlah 560 unit kediaman mampu milik fasa pertama program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Presint 11, mula dibuka untuk permohonan kepada mereka yang bekerja dan tinggal di Pusat Pentadbiran Persekutuan, di sini.
Ketua Pegawai Eksekutif Unit PR1MA, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Mutalib Alias berkata, daripada jumlah itu, 420 unit berkeluasan 815 kaki persegi (76 meter persegi) pada harga RM120,000 setiap satu, manakala 140 unit lagi dengan keluasan 1,006 kaki persegi (93 meter persegi) berharga RM150,000.



Menurutnya, pemohon tertakluk kepada syarat kelayakan ditetapkan, termasuk menjadi pengundi berdaftar di Putrajaya.
“Syarat (asas) layak memohon adalah warga negara Malaysia, berumur 21 tahun ke atas, berpendapatan isi rumah kasar tidak melebihi RM6,000 sebulan (suami dan isteri), memiliki satu rumah di Malaysia atau mereka belum lagi memiliki rumah,” katanya, pada sidang media, di sini, semalam.

PR1MA yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 4 Julai lalu adalah program kerajaan bagi menggalakkan pemilikan rumah lebih meluas, terutama kumpulan berpendapatan sederhana dengan menyediakan lebih banyak kediaman mampu milik di bandar utama.

Unit PR1MA pula bertanggungjawab sebagai pihak berkuasa yang membangunkan, mengurus serta mengendali komuniti dan kediaman Prima dibina bawah programnya.
Abdul Mutalib berkata, kediaman pangsapuri bawah fasa pertama PR1MA itu akan dibangunkan oleh Putrajaya Holdings Sdn Bhd (PjH), dengan kos pembinaannya melebihi daripada harga yang ditawarkan.

“Maklumat (kos) itu berada pada pemaju. Kita tidak ada angka tepat, (tetapi) memang melebihi daripada harga yang ditawarkan untuk presint 11 ini.
“Jadi, mereka yang berminat bolehlah melayari laman web JPM di www.pmo.gov.my untuk maklumat lanjut seperti syarat kelayakan serta cara untuk memohon. Permohonan dibuka dari sekarang sehingga tengah malam 12 Oktober 2011. “Permohonan ini tiada sistem kuota, malah ia terbuka kepada mereka yang layak. Format permohonan yang kami perkenalkan ini juga ringkas, kerana pemohon hanya tandakan pada petak,” katanya.

Menurutnya, sehingga jam 1.30 tengah hari semalam sudah ada 470 pemohon membuat permohonan membeli kediaman berkenaan.

Katanya, mereka yang berminat dan berkelayakan tidak perlu khuatir terhadap permohonan mereka kerana proses dan peruntukan unit kediaman itu akan dilakukan secara telus.

“Ia akan dipantau firma akauntan bertauliah yang akan dilantik, malah proses berkenaan telus dan adil bagi semua pemohon serta mematuhi piawaian dan prosedur ditetapkan.

Unit berkenaan akan diperuntukkan melalui proses cabutan undi terbuka yang diadakan pada 15 Oktober 2011 dan majlis ini disempurnakan bersama Perdana Menteri,” katanya.

Sementara itu, mengenai Unit PR1MA, beliau berkata, struktur organisasinya dirangka serta tertakluk kepada keputusan dan kelulusan Kabinet termasuk akta Parlimen yang akan diumumkan nanti.

Katanya, unit itu akan menguruskan proses pendaftaran dan peruntukan kediaman bawah program PR1MA dan memberi sokongan dalam memperuntukkan rumah dibina pihak swasta yang menerima bantuan daripada kerajaan melalui kaedah kerjasama awam swasta.

No comments:

Post a Comment

Rare Books for Everyone on your List at AbeBooks