Sunday, September 30, 2012

Iklan Jawatan Pekerja Sambilan Harian (PSH) Kementerian Pengajian Tinggi

Iklan Jawatan Pekerja Sambilan Harian (PSH) Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi mempelawa semua Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan PSH Gred 41 bagi sesi pengambilan bulan Oktober tahun 2012. Syarat-syarat Permohonan · Warganegara Malaysia · Memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) mencapai sekurang-kurangnya 2.5 · Mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. · Mempunyai tahap kesihatan yang baik Keutamaan Kelayakan · Berkebolehan bertutur dengan fasih dan menulis dengan baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. · Mempunyai pengetahuan dan pengalaman tentang jenis kerja yang perlu dilaksanakan seperti pengurusan dan pentadbiran pejabat. · Mempunyai perwatakan & peribadi yang proaktif dan mampu menjalaskan tugas/ arahan dengan pemantauan yang minimum. Tawaran Pelantikan · Jawatan : Pekerja Sambilan Harian (Ijazah) · Gred : 41 · Taraf Lantikan : Sambilan · Tempoh Perkhidmatan : 6 bulan mulai tarikh melapor diri · Kadar Bayaran : RM 100 sehari (akan dibayar berdasarkan bilangan hari bertugas) · Waktu Bekerja : 9 jam sehari termasuk waktu rehat · Penempatan: Ibu pejabat, W.P Putrajaya Cara Memohon · Permohonan hendaklah menggunakan borang seperti yang dilampirkan. (klik di sini untuk muat turun borang permohonan) · Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan & Profesional (Gred 41 dan ke atas) seperti berikut: o Resume; o Salinan kad pengenalan; o Salinan Ijazah beserta transkrip; dan o Salinan sijil-sijil yang berkaitan · Tarikh tutup permohonan adalah sebelum atau pada 5 Oktober 2012 (Jumaat) · Permohonan adalah dianggap tidak berjaya sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh tiga (3) minggu dari tarikh tutup permohonan. · Semua permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan bersama-sama dokumen-dokumen sokongan yang telah disahkan dan dikemukakan kepada: Setiausaha Bahagian Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Pengajian Tinggi Aras 15, No. 2, Menara 2 Jalan P5/6, Presint 5 62200 W.P Putrajaya (u.p.: Urusan Pengambilan PSH) Pertanyaan Sebarang permasalahan atau persoalan berhubung tawaran ini boleh merujuk kepada pegawai-pegawai berikut: Cik Siti Nur Diana binti Azizan Khamat (Emel) diana.sps@mohe.gov.my (Tel) 03 – 8870 5220 (Faks) 03 – 8870 6814 Pn. Shuhada binti Mohd Kasim (Emel) shuhada@mohe.gov.my (Tel) 03 – 8870 5226 (Faks) 03 -8870 6814 En. Affendi Nayan (Emel) affendi.psh@mohe.gov.my (Tel) 03 – 8870 4270 (Faks) 03 -8870 6814
Rare Books for Everyone on your List at AbeBooks