Friday, November 11, 2011

Jawatan Kosong di Unit Sains Teknologi & ICT Negeri Johor


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sebagaimana di bawah:-

SKIM PERKHIDMATAN: JURUTEKNIK KOMPUTER
KLASIFIKASI: PERKHIDMATAN SISTEM MAKLUMAT

KUMPULAN PERKHIDMATAN : SOKONGAN

TARAF JAWATAN: KONTRAK

Jadual gaji/gred: FT17

P1 T1 RM843.06– P1 T26 RM2325.37 P2 T1 RM896.00– P2 T26 RM2452.46 P3 T1 RM950.45– P3 T26 RM2583.95

KEKOSONGAN: 1

Maklumat lanjut sila muat turun file PDF seperti yang tertera di bawah:

Tarikh tutup ; 18 NOVEMBER 2011

CAREER PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA



PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA

Sejajar dengan tanggungjawab sebagai pemangkin kepada kecemerlangan industri perfileman Malaysia, FINAS berusaha melaksanakan pelbagai transformasi untuk melangkah ke Persada Dunia. Bagi memenuhi matlamat tersebut, FINAS menjemput warganegara Malaysia yang berkelayakan, berpengalaman dan berminat dalam bidang perfileman serta berdedikasi bagi mengisi kekosongan jawatan yang bertaraf pembekal khidmat seperti berikut:


PENGAMBILAN SECARA KONTRAK

1. JAWATAN : PENJAGA JENTERA ELEKTRIK – GRED R17
(1 KEKOSONGAN)

(a) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
(b) Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Mahir/Separuh Mahir/ Tidak Mahir
(c) Taraf Jawatan : KONTRAK
(d) Gred dan Jadual Gaji : Gred R17

P1T1 RM1166.74 – P1T15 RM1981.96
P2T1 RM1218.17 – P2T15 RM2083.39
P3T1 RM1271.11 – P3T15 RM2189.21

(e) Elaun-Elaun : Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) - RM115.00
Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) - RM180.00
Bantuan Sara Hidup (BSH) - RM300.00
Bayaran Insentif Perkhidmatan - 10% daripada
Kritikal (BIPK) gaji pokok

2. SYARAT LANTIKAN

(a) Warganegara Malaysia;
(b)Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Tamat Tingkatan III Sekolah Menengah Rendah Bantuan Penuh Kerajaan
(ii) Sekurang-kurangnya mempunyai Sijil AO (Sistem Pepasangan Kilang-Kilang) yang dikeluarkan oleh Jemaah Pemeriksa Elektrik atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
(d) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.

3. BIDANG TUGAS

i. Membaiki sebarang kerosakan elektrik dan memulihkan perkakas suis voltan rendah serta membuat ujian elektrik pada setiap masa serta menyelenggara dan memeriksa semua pendawaian, suis, ’starter panel dan control panel’ serta motor elektrik dan lain-lain yang berkenaan.

PENGAMBILAN SECARA PEMBEKAL KHIDMAT
(Melalui satu Perjanjian/Kontrak dari setahun ke setahun
berdasarkan keperluan)

1. JAWATAN: PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN

SYARAT LANTIKAN:

(a) Warganegara Malaysia
(b) Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c)Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
(d) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh kerajaan. (Keutamaan diberi pada calon yang berkebolehan dalam Bahasa Inggeris)
(e) Fee bulanan: RM1,200.00

DESKRIPSI TUGAS:
Bertanggungjawab dalam mengendalikan dengan cekap dan berkualiti semua panggilan telefon, melayani pelanggan/tetamu yang berurusan dengan jabatan secara tertib dan mesra, memberi penerangan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh agensi, membantu pelanggan/tetamu yang berurusan dengan jabatan sehingga isu berbangkit selesai. Merekod dan memantau aduan perkhidmatan sehingga selesai dan memaklumkan kepada pelanggan/tetamu dari semasa ke semasa perkembangan di atas aduan pelanggan/tetamu.

2. JAWATAN: SOUND MIXER

SYARAT LANTIKAN:

(a) Warganegara Malaysia
(b) Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Diploma dalam bidang Kejuruteraan Audio/Bunyi
(d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); dan
(e) Memiliki Pengalaman sekurang-kurangnya 5 tahun dalam kerja - kerja pengadunan bunyi
(f) Berpengetahuan dalam mengendalikan sebarang mixing console, Daw Nuendo/Protools
(g) Fee bulanan: RM 3,500.00 – 5,000.00
(h) Bilangan kekosongan: 1 Jawatan

DESKRIPSI TUGAS:
Berpengetahuan dalam elemen-elemen bunyi utama iaitu Dialogue/ADR//Voice Over, Ambiance, Sound Effects, Foley dan Muzik. Melaksanakan proses adunan bunyi melibatkan elemen-elemen bunyi utama iaitu Dialogue/ADR//Voice Over, Ambiance,Sound Effects, Foley dan Muzik untuk menghasilkan soundtrack akhir produksi filem. Bertanggungjawab untuk memastikan bunyi dalam sesebuah filem adalah betul dari segi teknikal dan gaya bunyi. Bertanggungjawab untuk mengadun bunyi mengikut piawai (standard) 5.1 Surround sound (Dolby). Bekerjasama rapat dengan Pengarah Filem/Dokumentari/Drama semasa proses adunan bunyi supaya selaras dengan kehendak Pengarah. Bertanggungjawab untuk berbincang dengan pelanggan bagi memenuhi kehendak hasil bunyi yang pelanggan inginkan.

3. JAWATAN: DIALOUGE / EDITOR

SYARAT LANTIKAN:

(a) Warganegara Malaysia
(b) Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Diploma dalam bidang Kejuruteraan Audio/Bunyi
(d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); dan
(e) Memiliki Pengalaman sekurang-kurangnya 2 tahun dalam kerja – kerja berkaitan dubbing
(f) Berpengetahuan dalam mengendalikan sebarang mixing console, Daw Nuendo/Protools
(g) Fee bulanan: RM 2,500.00 – 3,000.00
(h) Bilangan kekosongan: 3 Jawatan

DESKRIPSI TUGAS:
Melakukan penilaian terhadap Original Production sound tracks untuk menentukan kualiti dialog dan membaiki kecacatan yang ada seperti ’clicks’, ’pops’, or ’lip smacks’. Melakukan proses merakam Dialog/ADR/Voice Over bagi Filem, Dokumentari dan Drama. Bekerjasama rapat dengan Pengarah dan para Pelakon semasa sesi ADR. Bertanggungjawab memastikan hasil ADR sempurna dan selaras dengan gambar (lip sync). Diberi tugas dalam proses penghasilan elemen-elemen utama yang lain iaitu Dialogue/ADR/Voice Over, Foley dan muzik dari masa ke semasa.

4. JAWATAN: SOUND DESIGNER

SYARAT LANTIKAN:

(a) Warganegara Malaysia
(b) Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Diploma dalam bidang Kejuruteraan Audio/Bunyi
(d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); dan
(e) Memiliki Pengalaman sekurang-kurangnya 2 tahun dalam kerja dalam kerja - kerja berkaitan reka bentuk kesan bunyi
(f) Berpengetahuan dalam mengendalikan sebarang mixing console, Daw Nuendo/Protools
(g) Fee bulanan: RM 2,500.00 – 3,000.00
(h) Bilangan kekosongan: 3 Jawatan

DESKRIPSI TUGAS:
Menterjemahkan keperluan sesebuah penghasilan filem dari segi koleksi bunyi (Sound Effects, Ambience, Music) Bekerjasama rapat dengan Pengarah Filem, Dokumentari dan Drama semasa pengahasilan efek bunyi dan muzik supaya selaras dengan kehendak pengarah. Diberi tugas dalam proses penghasilan elemen-elemen utama yang lain iaitu Dialogue/ADR/Voice Over, Foley dan muzik dari masa ke semasa.

5. JAWATAN: FOLEY ARTIST / EDITOR

SYARAT LANTIKAN:

(a) Warganegara Malaysia
(b) Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Diploma dalam bidang Kejuruteraan Audio/Bunyi
(d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); dan
(e) Memiliki Pengalaman sekurang-kurangnya 2 tahun dalam kerja - kerja merakam dan menyealaras kesan bunyi
(f) Berpengetahuan dalam mengendalikan sebarang mixing console, Daw Nuendo/Protools
(g) Fee bulanan: RM 2,500.00 – 3,000.00
(h) Bilangan kekosongan: 2 Jawatan

DESKRIPSI TUGAS:
Melakukan penilaian terhadap sesebuah Filem, Dokumentari dan Drama bagi menentukan jumlah ’Foley’ yang diperlukan. Menghasilkan Efek bunyi seperti Footsteps, Clothing dan Properties Noises, Paper Movement, Doors Creacking, Dogs Scratching, menggantikan dan menyelaras (sync) efek bunyi dengan gerakan gambar. Diberi tugas dalam proses penghasilan elemen-elemen utama yang lain iaitu Dialogue/ADR/Voice Over, Foley dan muzik dari masa ke semasa.


ALAMAT DAN TARIKH TUTUP PERMOHONAN
(a) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dengan menulis nama jawatan yang dipohon di sebelah atas kiri sampul surat dengan HURUF BESAR dan dialamatkan kepada :

Ketua Pengarah
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia
Kompleks Studio Merdeka, Jalan Hulu Kelang
68000 Ampang, Selangor
(u.p.: Unit Pengurusan Sumber Manusia)

(b) Tarikh tutup: 15 November 2011

CATATAN AM
(a) Hanya pemohon-pemohon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk
temuduga.

(b) Segala perbelanjaan bagi menghadiri temuduga jawatan ini ditanggung sepenuhnya oleh pemohon.

(c) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan/maklumat selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Borang Permohonan Jawatan di FINAS

Career at Universiti Teknologi MARA



DOWNLOAD IKLAN
DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN


Tarikh tutup ; 23/11/2011

Career at Universiti Teknologi MARA

Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:-
  1. JURUTEKNIK GRED J17
  2. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W17
Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA yang boleh diperolehi di Bahagian Pentadbiran, UiTM Johor Kampus Segamat atau boleh juga dimuat turun dari laman web rasmi UiTM Johor di http://www.johor.uitm.edu.my
Berikut Di sertakan iklan dan Borang Jawatan Kosong:-
Tarikh tutup permohonan ialah pada hari ISNIN, 14 NOVEMBER 2011.

Jawatan Kosong di LPPKN



Jawatan :
  1. Pegawai Tadbir
  2. Pegawai Psikologi
  3. Pegawai Teknologi Maklumat
  4. Perangkawan
  5. Pegawai Pembangunan Masyarakat
  6. Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat
  7. Jururawat
  8. Pembantu Pembangunan Masyarakat
  9. Atendan Kesihatan
  10. Pemandu
Download Iklan

Download Borang Permohonan

Tarikh tutup ;
13 November 2011

Career at Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor




Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dengan ini mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdaya saing untuk mengisi kekosongan jawatan berkaitan seperti berikut:
  1. Bendahari (W48)
  2. Penolong Bendahari (W41)
Maklumat Syarat Lantikan KLIK SINI
Muat Turun Borang Permohonan Perjawatan (Pentadbiran )
klik
Muat Turun Slip Akuan Penerimaan (Pentadbiran)
klik

Tarikh Tutup : 14 November 2011 (Isnin)

Monday, October 17, 2011

Career ASTRO ALL ASIA NETWORKS (ASTRO)

Career ASTRO ALL ASIA NETWORKS (ASTRO) is Malaysia’s leading cross-media group with significant presence in DTH (Direct-To-Home) TV services, commercial radio and TV programming. Astro, the subscription TV service began operations in 1996 with 22 channels and currently broadcasts over 125 pay-TV channels in four major languages including 8 channels in High Definition across Malaysia and Brunei to more than 2.93 million households. Its state-of the-art digital broadcast facilities at the All Asia Broadcast Centre and at the Cyberjaya multiplex are capable of handling digital TV, radio and data services on satellite and terrestrial broadcast networks, wireless telephony and the Internet.

ASTRO’s subsidiary, MEASAT Broadcast Network Systems, enjoys an exclusive licence till 2017 for satellite DTH transmission in Malaysia. The Group is actively involved in origination, aggregation and distribution of TV programming in Malay, Chinese, English and Indian languages, in addition to third-party content. With over 38,000 first-run hours of original multi-language content, the Astro Entertainment Network (AEN) encompasses 33 television channels across various genres, with plans to increase these in the near future to serve an ever-evolving customer profile. Reflecting ASTRO’s commitment to Bahasa Malaysia content, the ASTRO broadcasted 6,062 hours in first-run original Bahasa Malaysia content in FY10.
Open Interview

1. Eksekutif Perkhidmatan Pelanggan

Download Iklan Lengkap
Rare Books for Everyone on your List at AbeBooks